Ikan

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 4917

Ikan adalah sejenis makanan laut (seafood) yang merupakan salah satu hidangan utama di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis ikan yang popular dimasak di Malaysia seperti Ikan Bawal, Ikan Kembung, Ikan Selar, Ikan Siakap, Ikan Cencaru, dan lain-lain. Semua ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti goreng, rebus, sup, dan bakar. Akan tetapi, sesetengah ikan adalah lebih sedap dimasak dengan cara tertentu, seperti;

Ikan Siakap - sedap dibakar, dikukus, atau digoreng.

Ikan Merah - sedap dibuat gulai atau sup.

Ikan Terubuk - sedap dibakar atau digoreng.

Ikan Cencaru - sedap dibakar atau digulai cili api (masakan pedas).

Ikan Selar Kuning - sedap digoreng, disinggang, atau dipindang.

Ikan Kerisi - sedap digoreng dan berkuah masam manis.

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
FIM - Peneraju Kursus Seni Kulinari & Makanan
Resepi Sihat Yang Berkhasiat!