Sos Worcestershire

oleh: TryMasak | komen: 0 | Tontonan 3767

Bahasa Inggeris: Worcestershire Sauce

Sos Worcestershire yang berasal dari England ini sebenarnya bukan sos tetapi bahan perisa kepada makanan. Ia sebenarnya ialah resepi dari India. Ia banyak digunakan dalam masakan yang masak atau tidak masak, dan selalunya dengan daging.

Sos Worcestershire selalunya salah satu bahan dalam Caesar Salad, dan boleh digunakan sebagai sos daging steak. Ia juga popular digunakan pada spaghetti Bolognese, kacang bakar, keju bakar, kentang, dan sosej. Ia banyak digunakan sebagai penambah perisa pada masakan seperti telur, burger, ayam, daging, dan ikan. Dalam masakan Cantonese, Sos Worcestershire digunakan dalam bahan dim sum seperti bebola daging dan spring roll.

worcestershire-sauce

 

 

Reference:
http://en.wikipedia.org/wiki/Worcestershire_sauce
http://www.recipezaar.com/library/getentry.zsp?id=176
http://www.cuisinenet.com/glossary/worcstr.html
http://www.foodsubs.com/Photos/worcestershiresauce.jpg

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen
Rasa Asli Kari Sejati
Mudah & Lebih Nilai