1) terung (2biji)
2) minyak masak (1sudu)
3) bawang merah (1biji)
4) serbuk cili (1sudu)
5) daging kambing(dikisar halus) (350g)
6) air (secukupnya)
7) tomato(dipotong dadu) (1biji)
8) halia (2cm)
9) garam (secukupnya)
10) daun ketumbar(dihiris halus) (1sudu)
11) bawang putih (3sudu)
12) serbuk ketumbar (1sudu)
13) serbuk kunyit (1sudu)
14) capsicum hijau dan oren (2 biji)
15) tomato ceri(hiasan) (beberapa biji)
1. Potong terung kepada 2 bahagian dan buang isinya ditengah.Rendam seketika di dalam air supaya tidak lebam. Kemudian sapukan sedikit minyak dipermukaannya dan bakar selama 10 hingga 15 minit dengan suhu 180minit.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah. Tumis hingga kekuningan. Seterusnya masukkan bawang putih, halia, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Kacau. Kemudian masukkan daging kambing.Kacau sebati lebih kurang 7 hingga 10 minit.
4. Masukkan capsikum dan daun ketumbar.
5. Isikan daging kambing yang telah dimasak ke dalam terung yang telah dibakar.
6. Makan bersama nasi beriani.