1) Mentega (125g)
2) Gula aising (70g)
3) Kacang gajus-dikisar (100g)
4) Tepung gandum (100g)
5) Tepung beras (45g)
6) Esen vanila (1/2 sk)
7) Garam (1/8 sk)
1. Pukul mentega dengan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak dan digaul bersama kacang gajus yang dikisar.
3. Kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam periuk seketika, kemudian dicanai dan ditekap dengan acuan berbentuk buah gajus.
5. Sapukan kuning telur dan lekatkan separuh kacang gajus diatasnya.
6. Bakar pada suhu 190C selama lebih kurang 18 minit.