Bahan nasi dagang
1) beras siam (220 gm)
2) beras pulut (75 gm)
3) santan pekat (150ml)
4) santan cair (150ml )
5) bawang merah (2 biji )
6) halia (15 gm )
7) halba (1/4teasp)
8) garam (1 tblsp )
Kari ikan tongkol
1) ikan tongkol (300gm)
2) santan ( 250ml )
3) rempah kari ikan (1/2 tblsp )
4) bawang merah (1 biji )
5) halia (10gm )
6) cili giling (2tblsp )
7) asam keping (1 biji )
8) cili api (3 biji )
9) garam ( 5gm )
Acar timun
1) timun (1 biji )
2) lobak ( 1 biji)
3) cili merah (1 biji )
4) bawang merah (3 biji )
5) daun ketumbar (20g)
6) garam (5gm)
7) gula (10gm )
8) cuka (2 sudu )
Cara masak nasi dagang
1. Toskan kedua-dua beras yang direndam selama semalaman dan kukus hingga masak
2. Apabila sesuku masak, masukkan santan cair dan kacau
3. Setelah tiga suku masak,masukkan santan cair, bawang, halia, herba dan garam
4. Gaul hingga sebati dan kukus lagi hingga masak
Cara masak kari ikan tongkol
1. Campurkan santan, asam keping dan juga cili giling dengan bawang merah, halia yang telah dikisar
2. Kemudian masukkan iakn tongkol yang telah dikukus bersama cili api
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan garam
Cara masak acar timun
1. Campurkan timun, cili, lobak yang telah dihiris nipis
2. Masukkan cuka, garam, gula dan juga daun ketumbar dan kacau sehingga sebati