1) tepung diamond (408g)
2) gula (396g)
3) telur (4biji)
4) minyak jagung (210g)
5) yogurt (216g)
6) krim masam (216g)
7) badam kisar (160g)
8) baking powder (8g)
9) soda bikarbonat (8g)
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.Kemudian masukkan gula dan badam kisar. Kacau rata.
2.Masukkan bahan basah seperti yogurt, krim masam, telur dan kacau perlahan. Dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
3.Setelah adunan sebati, biarkan selama 1-2 jam.
4.Gaul rata setiap adunan mengikut perasa yang digemari.
5.Bakar pada suhu 190C selama lebih kurang 12 minit.