1) spagetti (direbus) (220gm)
bahan untuk kuah:
1) ikan kembung (direbus dan dikisar) (200 gm)
2) bawang besar dikisar (100 gm)
3) bawang putih dikisar (50 gm )
4) cili kering dikisar (20 gm)
5) serai (1 batang)
6) jintan putih (10 gm)
7) daun ketunbar (10gm)
8) bunga kantan dihiris (1 batang)
9) air rebusan ikan ( 800ml )
10) santan (200 ml )
11) garam (secukupnya)
bahan hiasan:
1) sambal belacan (10gm)
2) cili padi (dipotong kasar) (5 gm)
3) timun (10 gm)
4) daun kesum dihiris halus (5gm)
5) daun selasih dihiris halus (5gm)
6) nenas dipotong dadu (5gm)
7) limau kasturi dibelah dua (1 biji)
1. Didihkan air rebusan ikan di dalam periuk
2. Selepas itu masukkan bahan kisar, jintan putih, isi ikan, daun ketumbar dan bunga kantan. Didihkan.
3. Seterusnya masukkan santan pekat dan perasakan.Biar mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
4. Akhir sekali masukkan spagetti ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan yang lain. Tuang kuah laksa di atasnya
5. Sedia untuk dihidang