1) Cream cheese (562gm)
2) gula aising (280gm)
3) Kuning telur (4 biji)
4) esen vanila (1tsp)
5) garam (2gm)
6) Gelatin (105gm)
7) Krim putar (1125gm)
8) Coklat ganache (secukup rasa)
9) lemon (sedikit)
10) coklat susu ( 250 gm)
11) pes kacang hazel (450gm)
12) beras rangup (225gm)
13) serbuk vanilla (sedikit)
1. Mula-mula masukkan cream cheese, gula aising, kuning telur, garam, esen vanila. Pukut rata.(Adunan pertama)
2. Sementera itu cairkan gelatin bersama air.
3. Campurkan adunan pertama dengan lemon dan masukkan krim putar sedikit demi sedikit. Kemudian campurkan dengan gelatin yang telah dicairkan.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama bancuhan biasa dan bancuhan kedua campurkan dengan coklat ganache
5. Masukkan bancuhan kedua ke dalam acuan dan rehatkan selama 15 minit di dalam petisejuk.
6. Sementara itu siapkan filling kacang hazel dengan cara cairkan pes kacang hazel, campurkan dengan beras rangup, coklat susu dan serbuk vanilla.
7. Kemudian masukkan hazelnut filling dan masukkan bancuhan pertama dan rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
8. Sapukan coklat diatasnya dan rehatkan selama 20 hingga 30 minit dan bolehlah dekorasi mengikut citarasa masing-masing.