12 Apr 2012

7 Langkah awal elak obesiti

oleh: trymasak | tagged: , | komen: 1

Malaysia berada di tempat pertama di rantau Asia dan tempat ke 6 di rantau Asia Pasifik dalam masalah obesiti di kalangan rakyat.
 


Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu. Contohnya, individu yang bekerja di sektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat. Individu yang berumur 66 tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan peringkat remaja. Berikut dinyatakan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan obesiti:

1. Catat setiap makanan yang dimakan setiap hari

 
Jika kita mencatat setiap makanan yang dimakan, kita akan dapat mengawal makanan yang diambil setiap hari dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, juga perlu menulis nilai kalori makanan tersebut supaya kita tahu jumlah kalori yang diambil setiap hari samada mencukupi ataupun melebihi keperluan. Dengan cara ini, kita akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang akan diambil setiap hari.

2. Pastikan kualiti makanan

 

Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab kepada masalah obesiti. Makanan yang telah diproses kebanyakkan mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. Obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain. Makanan segera masih boleh diambil sekiranya kesuntukan masa tetapi perlu diubahsuai supaya menjadi lebih sihat.
Lihat ini: TIDAK semua mee segera TIDAK sihat dan tips bagaimana membuat mee segera lebih sihat

3. Membeli barangan makanan dengan lebih bijak

 

Kita perlu membeli barangan makanan dengan lebih bijak. Baca label sebelum membeli sebarang makanan. Pastikan makanan  yang dibeli adalah rendah kalori., juga pastikan minuman yang dipilih kurang gula dan lemak. Pemilihan barangan makanan yang dibeli dapat mengawal gaya pemakanan khususnya untuk anak-anak. Jika ibu bapa tidak membeli makanan seperti cip kentang dan makanan berkalori tinggi, anak-anak tidak akan makan makanan tersebut dan terhindar daripada masalah obesiti. 

4. Minum air putih secukupnya

 
Mereka yang minum air putih secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air putih, juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari
 


Menu yang diambil semasa sarapan adalah sangat penting kerana ia dapat membantu kita meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar yang optimum. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat ataupun pelbagai jenis bijirin.
Rujuk di sini: 7 makanan yang perlu dimakan pada waktu pagi

6. Tidak makan sambil membuat pelbagai kerja
 


Jangan makan sambil membuat pelbagai kerja di hadapan komputer, menonton televisyen atau membaca surat khabar. Kita akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa sedar kuantiti makanan yang diambil. Sebaiknya makan di meja makan dengan tertib dan fokus kepada makanan yang sedang dimakan.

7. Pilih pencuci mulut rendah kalori
 
Sesekali tentu kita teringin untuk menjamah makanan yang manis, eloklah kita memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, boleh juga menyimpan stok 'sugar-free' chewing gum supaya kita boleh mengunyahnya apabila terasa lapar di tengah-tengah malam.


Rujukan gambar:
http://assets.kompas.com/data/photo/2009/04/09/1351262p.jpg
http://i494.photobucket.com/albums/rr307/scarrletz/oatmeal-1.jpg
http://englishgoes.com/en/wp-content/uploads/2010/09/writing_practice.jpg
http://www.freshhealthyvending.com/wp-content/uploads/2010/10/Healthy-Yogurt-Weight-Loss-300x298.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_xPCownwxrWg/TOG9x5XS-kI/AAAAAAAAAb8/W9H-62sTvAo/s1600/obesiti1.gif
http://4.bp.blogspot.com/_FV00UdtsrHk/TQoddcAaQRI/AAAAAAAAAJ8/qcBvCam-8Fg/s320/GlassesOfWater.jpg
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQUc717FnN_GUEL-N6iH-Zy8HCzhG0SbGq49IMi_kO9FzMBXXNwzQ




Komen  Komen
Tambah Komen  Komen