SSiC Junior Top Chef Challenge 2012 buat kali kedua yang berlangsung pada 10 Mac 2012 anjuran Persatuan Pelajar tahun akhir Silverspoon International College mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Pertandingan masakan yang dibimbing oleh pengetua SSiC, Professor Chef Zamzani Abdul Wahab @ Chef Zam telah menyaksikan pertarungan sengit antara 34 peserta mewakili 17 kumpulan terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima dari pelbagai sekolah sekitar Lembah Klang, Selangor serta Wilayah Persekutuan yang bertempat di perkarangan kolej, One Puchong Business Park, Puchong, Selangor.
Pertandingan '2nd SSiC Junior Top Chef Challenge 2012' yang di rasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Y.B. Senator Dato' Maznah binti Mazlan ini dilihat sebagai satu pentas berkesan untuk untuk mencungkil bakat pelajar serta menggilap kemahiran sedia ada yang mereka miliki dari peringkat sekolah menengah lagi sebagai persediaan untuk menjadi pelapis kepada chef-chef terkemuka Malaysia kelak.
Gelaran juara telah dirangkul oleh Muhamad Naqiuddin Nordin dan Muhammad Hasnul Hadi Japilos dari Sekolah Vokasional ERT Setapak. Sekaligus membawa pulang pelbagai hadiah menarik tajaan Tupperware, Philips Air Fryer, dapur Kinowell, hamper dari Syarikat Faiza serta beberapa barangan menarik lain termasuk sebuah trofi dan cek bernilai RM800.00.
Beberapa sekolah lain yang terlibat dalam saingan ini adalah SMK Kepong, SMK Jalan Bukit, Kajang, SMK Bandar Tasik Puteri, SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Tuanku Abdul Rahman, SMK Putrajaya Presint 11 (1), SMK Bandar Puchong Jaya (A), SMK USJ 13, dan SMK USJ 12.