06 Jan 2012

Peti sejuk penyelamat makanan

oleh: trymasak | tagged: , | komen: 1


Benarkah peti sejuk penyelamat dan pelindung makanan? Kita seringkali menyimpan makanan yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk supaya tidak membazir dan boleh dimakan semula nanti. Peti sejuk dikatakan penyelamat makanan kerana ia boleh menyimpan lebihan makanan untuk mengelakkan daripada dibuang dan tahan lebih lama.
 

Walaupun begitu, tidak bermakna makanan itu tidak akan menjadi rosak. Bakteria masih ada tetapi ia membiak secara perlahan di dalam suhu sejuk. Pastikan makanan yang hendak disimpan ke dalam peti sejuk dimasukkan dalam masa dua jam selepas ia dimasak. Makanan tersebut juga tidak elok disimpan melebihi dari empat hari samada sayur, nasi, ikan, daging ataupun puding bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan ataupun keracunan makanan.
 

Ramai yang suka menyimpan makanan di dalam botol seperti mayonis ataupon jem yang sudah dibuka penutupnya ke dalam peti sejuk dalam jangkamasa yang lama. Peti sejuk boleh membantu ia tahan lebih lama tetapi kita perlu pastikan ia telah ditutup dengan ketat dan sempurna sebelum disimpan semula ke dalam peti sejuk. 

 

Selain itu, kita juga perlu pastikan tarikh luput setiap makanan yang disimpan di dalam peti sejuk agar tidak dimakan selepas tarikh luputnya yang boleh memudaratkan kesihatan. Sekiranya pelekat tarikh luput tersebut sudah tertanggal dari botol, seeloknya kita tandakan sendiri dan dilekatkan dibotol tersebut sebagai rujukan.
 

Semua makanan yang dimasukkan ke dalam peti sejuk seeloknya ditutup untuk mengelakkan bau mencemari makanan lain atau peti sejuk itu sendiri. Untuk makanan yang tidak mempunyai bekas atau kontenanya sendiri sebaiknya dimasukkan ke dalam tuppaware yang jelas ataupun berwarna cerah supaya mudah mengetahui apa isi kandungannya ketika kita mencari bahan itu di dalam peti sejuk.


 
Makanan yang tidak melalui proses masakan seperti salad dan sandwich harus dimakan segera ataupun dimasukkan ke dalam peti sejuk bagi meminimumkan pembiakan bakteria. Keracunan makanan dapat dielakkan sekiranya kita memasak dan menyimpannya dengan cara yang betul. Selamat memasak!:)

Rujukan gambar:
http://www.rasa.com.my/images/glosari/MENTEGA_KACANG.jpg
http://www.sogoodblog.com/wp-content/uploads/2011/02/Sandwich-Rectangles.jpg
http://petuatradisional.com/tips/wp-content/uploads/2011/02/peti_ais_bau_petua.jpg
http://www.popsci.com/files/imagecache/article_image_large/articles/best-before.gif
http://4.bp.blogspot.com/-jlTHzhlxFSg/TV3CHc6BYrI/AAAAAAAAADk/eZcMFgU_ThQ/s320/sayur.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_1ZDdBxBvvTI/TK39cwXVO6I/AAAAAAAAABw/mgViJtO7qH8/s320/tupperware.jpg
Komen  Komen
Tambah Komen  Komen