Program 'Let's TryMasak' yang pertama kalinya telah diadakan pada 28 januari 2012 bertempat di dapur Silverspoon International College. 4 resepi telah di kongsi oleh ahli TryMasak dan blogger masakan iaitu ayam masak rendang perak, spageti makarel, triple muffin coklat dan roti daging berkeju.
Sambil melihat demonstrasi masakan, para peserta juga dapat belajar memasak secara 'hands on'. Selain belajar memasak, semua yang hadir dapat mengeratkan sillaturrahim sesama ahli TryMasak, blogger masakan dan krew TryMasak. Jom kita tengok aksi-aksi peserta ketika program ini berlangsung:
Penyediaan bahan-bahan sebelum memasak 'Spageti Makarel'
Masanya untuk menyiapkan bahan-bahan 'Ayam Masak Rendang Perak'
Peserta bekerjasama membuat 'Triple Muffin Coklat'
Tak sabar menunggu hasil 'Roti Daging Berkeju' di depan oven
Hasilnya! 'Triple muffin coklat' yang kaya dengan rasa coklat oleh Kak Zu
'Spageti Makarel' oleh Izan dengan rasa yang sangat berbeza dari biasa!
Pasti teruja dengan 'Ayam masak rendang Perak' istimewa oleh Kak Zu
Resepi yang lain dari yang lain, 'roti daging berkeju' oleh Huda
Eh!chef kecil pon ada..
Seronoknya masak bersama-sama!
Terima kasih kepada semua yang hadir ke mini gathering Let's TryMasak 1st batch ini.. Bagi yang tak dapat hadir, nantikan Let's TryMasak 2nd batch nanti!