Sering lupa tentang perkara-perkara penting sehingga ia mengganggu rutin harian? Tahu tak ada makanan tertentu yang boleh bantu tingkat pertumbuhan memori ingatan dan memperbaiki fungsi otak?.
Menurut American Dietetic Association ( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling kelaparan kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada 12 jenis makanan yang di yakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.
1. Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu yang digelar "Raja Ubat" ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman. Cuba ini: Jus Kurma Madu
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika,
klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan
merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti
berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
2. Kacang merah

Thiamin atau
vitamin B1 yang terdapat dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan oleh otak
terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting
untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor
kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang
merah dimasukkan ke dalam masakan, boleh
3. Kismis

Kismis mengandungi zat besi yang amat
diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi
untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan
sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan,
4. Telur

Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. Boleh cuba ini: Telur Bungkus
5. Susu dan yogurt


Susu dan yogurt mampu mengenyangkan
kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi
keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak,
neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu
mengandung protein dan vitamin B tinggi.
Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang
segar. Boleh pelbagaikan masakan dengan menggunakan yogurt dan susu.
Susu bukan sahaja berguna untuk kesihatan otak malah dapat
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi
tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada
sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan
umum, malah merupakan penawar kelupaan yang berkesan
6. Halia

Halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat
halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah
halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Ia
juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia
juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan, cuba ini: Daging Halia
7. Salmon

Ikan salmon adalah ikan berlemak
yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam
lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
fungsi otak.

Oat kaya dengan sumber vitamin
E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan
tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan
serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama
susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.
Boleh
9.

Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.
10. Daging tanpa lemak

Daging lembu tanpa lemak adalah
salah satu sumber makanan yang mengandung banyak zat besi. Ia juga mengandungi mineral
seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan. Boleh

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular
dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

Daging ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging
lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak
dan membaiki darah.
Kredit Gambar:
http://sitik.files.wordpress.com/2010/01/halia.jpg
http://ladfeamir.com/wp-content/uploads/2010/10/yogurt530.jpg
http://blogs.glam.com/glamspirit/files/2010/09/SalmonFilets-500.jpg
http://www.sogoodblog.com/wp-content/uploads/2010/12/tomato.jpg
http://febritamerawati.files.wordpress.com/2009/08/daging-sapi-tanpa-lemak.jpg
http://radiantonraw.typepad.com/.a/6a00e55207daf2883401053558fe63970b-pi
http://tutorial-zee.com/wp-content/uploads/2008/08/photoshop-tomato-convert-to-brinjal-retouch1.gif
http://masyarakat.dunyahalal.com/masyarakat_dunyahalal_com/media/Image/daging-burung-merpati.png
http://4.bp.blogspot.com/_ocJ7vwJPHSw/TGEKh7qtGdI/AAAAAAAAAbU/OddhILuqvYs/s1600/kismis.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_57HCcKKR6vo/TO3AcLNvV5I/AAAAAAAAA2M/7C7dEiWKCpQ/s1600/berry.jpg
http://1.bp.blogspot.com/_u3vKyogkXtM/TBxzfBCOrUI/AAAAAAAAU0M/qybRnyD2HQ4/s1600/kekacang.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_Ykledx4nd1I/Sxji0e-AvYI/AAAAAAAAAiQ/3d3Zi3mDk4U/s1600-h/sayur+bayam.JPG
http://4.bp.blogspot.com/_Mg0bLrHTYhs/TUVvWeTJLtI/AAAAAAAAAWQ/X8wQPpw6Yb4/s1600/kacang-merah.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_aG9FGPfzr5c/TEUztMV2gQI/AAAAAAAAAJY/oo9pft8br7Y/s1600/kuning-telur-(ehow)-depan.jpg