21 Apr 2010

Hebahan Pertandingan Masakan Warisan...hadiah lumayan!!!

oleh: amon_ismail | tagged: , | komen: 0

salam...kepada kawan-kawan yang berminat... Perbadanan Adat Melayu dan Warisan negeri selangor akan menganjurkan pertandingan Masakan Warisan. Ada 2 kategori : Memasak Nasi Ambeng dan Kuih Tradisional. Penyertaan Percuma dan hadiah lumayan disediakan. Butir2 pertandingan seperti berikut :-

Pertandingan memasak Nasi Ambeng
Syarat dan peraturan pertandingan :-
1. Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Penyertaan secara perseorangan dengan seorang pembantu sahaja.

2. Tema dan konsep masakan adalah masakan warisan tempatan (negeri Selangor).

3. Nasi dan serunding (jika ada) hendaklah disediakan oleh peserta dari rumah. Bahan masakan lain seperti ayam, mee dan rempah ratus serta rencah masakan perlu disediakan dan dibawa sendiri oleh peserta. Pihak penganjur hanya akan menyediakan dapur dan gas memasak sahaja.

4. Peralatan memasak seperti sudu, sudip, kuali, periuk, pisau, besen dan lain-lain perlu dibawa sendiri oleh peserta.

5. Masakan perlu dihidang di dalam dulang untuk 4 orang makan.

6. Pemarkahan pertandingan adalah berdasarkan kriteria keaslian resepi tradisional, keenakkan masakan, hiasan dan persembahan hidangan. (Resepi dan nama masakan perlu dipamerkan).

7. Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada 50 peserta terawal yang mendaftar. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 23 April 2010.

8. Keputusan para juri adalah muktamad.

Hadiah : Nasi Ambeng
Tempat pertama RM 1000 x 1
Tempat kedua RM 800 x 1
Tempat ketiga RM 500 x 1
Saguhati RM 100 x 20

Pertandingan Kuih Tradisional
Syarat dan peraturan pertandingan :-
1. Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Tema dan konsep masakan adalah masakan warisan tempatan (negeri Selangor).

3. Masakan perlu disediakan oleh peserta di rumah dan perlu dipamerkan dengan hiasan yang bersesuaian serta nama masakan dan resepi.

4. Penyertaan terhad untuk 2 jenis kuih bagi setiap peserta.

5. Penyertaan adalah percuma dan tidak terhad. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 23 April 2010.

6. Keputusan para juri adalah muktamad

Hadiah : Kuih Muih Tradisional
Tempat pertama RM 300 x 1
Tempat kedua RM 200 x 1
Tempat ketiga RM 100 x 1
Saguhati RM 50 x 20

TARIKH : 25 April 2010 (Ahad)
TEMPAT : Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam.
MASA : 8.30 Pagi

Borang boleh didapati melalui lawam web www.lms.gov.my dan dihantar melalui fax atau hantar sendiri dan sebarang pertanyaan hubungi urusetia pertandingan :-

Urusetia Pertandingan Masakan Warisan Selangor,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT),
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5519 0050 / 5510 3220/ 5510 3190
Fax : 03-5510 1799
Laman web : www.lms.gov.my
Urusetia : Cik Haslinda , Pn. Arbayah, En. Mohd Zaki

Komen  Komen
Tambah Komen  Komen