1) minyak (80ml)
2) buah pelaga (5 biji)
3) bunga cengkih (7 biji)
4) bawang kecil (dihiris) (6biji)
5) halia (dihiris) (40gm)
6) bawang putih (dihiris) (6biji)
7) daun limau purut (6helai)
8) daun kari (10helai)
9) kepak ayam (6ketul)
10) serbuk lada hitam Baba's (1sudu teh)
11) serbuk kunyit Baba's (1sudu teh)
12) serbuk rasam Baba's (2sudu)
13) garam (secukup rasa )
14) air (secukup rasa)
15) jus nenas (1liter)
16) nenas (dipotong dadu)
untuk hiasan
1) cili padi merah (5biji)
2) daun ketumbar (100gm)
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang telah dikisar dan halia sehingga wangi. Kemudian masukkan buah pelaga, bunga cengkih, daun kari dan daun limau purut.
2. Masukkan kepak ayam dan biarkan selama 2 minit. Selepas itu, masukkan serbuk rasam Baba's, serbuk kunyit Baba's, serbuk lada hitam Baba's dan air secukupnya.
3. Kemudian masukkan jus nenas, buah nenas (dipotong dadu) dan cili padi merah. Biarkan sehingga sup emndidih dan masukkan garam secukup rasa. Masak selama 15minit dengan api sederhana.
4. Masukkan sup ayam yang telah masak ke dalam bekas nenas. Hiaskan dengan cili merah yang dikorek seperti kelopak bunga serta daun ketumbar.