1) Minyak masak (500ml)
2) fillet ikan siakap (350gm)
3) bawang kecil (dikisar) (50gm)
4) daun limau purut (10helai)
5) serbuk lada hitam Baba's (1 sudu teh)
6) campuran marukku Baba's (150gm)
7) tepung kacang kuda Baba's (100gm)
8) garam (secukup rasa)
Untuk hiasan
1) buah lemon (1 biji )
2) bunga kantan (2 tangkai )
3) daun limau purut (1 tangkai)
4) alfalfa (1 mangkuk )
Untuk salsa
1) tomato (dipotong dadu) (3 biji)
2) bawang besar (dipotong dadu) (1 biji)
3) nenas (dipotong dadu) ( 200gm)
4) daun ketumbar (dihiris) (50gm)
5) cili padi (dihiris) ( 6biji)
6) jus lemon (3biji)
7) minyak zaitun (80gm)
8) cuka sayur ( 40ml)
9) serbuk kari sambar Baba's ( 1sudu teh)
10) garam (secukup rasa)
1. Perapkan filler ikan siakap dengan bawang kecil yang telah dikisar, daun limau purut yang telah dihiris, serbuk lada hitam Baba's tepung kacang kuda Baba's serta garam secukup rasa. Simpan di dalam peti ais selama 10-15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
3. Untuk salsa, masukkan tomato, bawang besar dan nenas yang telah dipotong dadu. Masukkan daun ketumbar dan cili padi yang telah dihiris serta jus lemon, minyak zaitun, cuka sayur, serbuk kari sambar Baba's.Gaulkan ke semua bahan-bahan tersebut.
4. Untuk hiasan, siramkan salsa ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
5. Hiaskan dengan buah lemon, bunga kantan, daun limau purut dan alfalfa.