1) Pisang ( 3 biji)
2) mentega (100gm)
3) kulit buah lemon (1/2 biji)
sos
1) jus limau (2 biji)
2) jus lemon (1 biji)
3) mentega (50gm)
4) krim (60ml)
5) susu segar (300ml)
6) tepung ghee urundai Baba's (300ml )
7) gula perang (100ml)
Hiasan
1) badam
2) kacang pistachio
3) sos cili
4) daun pudina
1. Belahkan pisang kepada dua bahagian. Kemudian sagat kulit buah lemon.
2. Cairkan mentega perlahan-lahan. Sementara itu perahkan sebiji buah lemon dan dua biji buah limau.
3. Masukkan susu segar, krim dan dua hingga tiga sudu besar gula perang serta jus lemon dan jus limau yang diperah tadi.
4. Apabila mendidih, masukkan tepung ghee urundai Baba's secara sedikit demi sedikit. Kacau sehingga pekat.
5. Cincang daun pudina. Masukkan sedikit sos cili dan gaulkan dengan daun pudina yang telah dicincang. Hiriskan badam dan kacang pistachio.
6. Sementara mentega cair di dalam kuali yang lain, campurkan kulit buah lemon yang telah disagat bersama dengan pisang.
7. Panggangkan pisang dengan mentega yang telah cair sehingga menjadi keemas-emasan. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
8. Hiriskan tiga hingga empat hirisan buah limau dan panggang tanpa menggunakan minyak sehingga berwarna coklat.
9. Susunkan hirisan buah limau dan pisang yang telah dipanggang tadi di atas pinggan. Hiaskan dengan sos urundai, kacang pistachio dan badam yang telah dihiris. Campuran sos dengan daun pudina diletakkan di tepi pinggan. Hiaskan juga dengan daun pudina.