1) Santan (250ml)
2) cili padi (dikisar) (10gm)
3) daun kunyit (1 helai)
4) sengkuang (dipotong panjang) (300gm)
5) bayam hijau (200gm)
6) isi ikan masin (dipotong kecil) (100gm)
7) serbuk kunyit Baba's (1 sudu teh)
8) serbuk kari sambar Baba's (1 sudu teh)
9) tomato (dipotong dadu) (1biji)
10) garam (secukup rasa)
11) air (150ml)
12) bawang merah (dikisar) (3 biji)
13) bawang besar (dikisar) (1 biji)
14) bawang putih (dikisar) (3 ulas)
15) halia (dikisar) (10 gm)
1. Campurkan santan bersama sedikit air dan masukkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dikisar serta masukkan daun kunyit.
2. Masukkan serbuk kunyit Baba's dan serbuk kari sambar Baba's serta isi ikan masin.
3. Apabila santan sudah mendidih, masukkan sengkuang dan bayam hijau. Taburkan garam secukup rasa.
4. Masukkan tomato yang telah dipotong dan siap untuk dihidang