1) Udang galah (160g)
2) Cili merah (1 biji)
3) Cili hijau (1 biji)
4) Bawang putih (4 biji)
5) Bawang kecil (6 biji)
6) Bawang besar (3 biji)
7) Isi ikan kerapu - dicarik (80g)
8) Halia (50g)
9) Tomato itali (1 biji)
10) Serai (1 batang)
11) Halba campur (50g)
12) Cili giling (2 sudu besar)
13) Serbuk Kari Ikan Baba's (100g)
14) Serbuk Cili Baba's (50g)
15) Serbuk Jintan Putih Baba's (30g)
16) Putih telur (3 biji)
17) Tepung jagung (100g)
18) Udang kering (50g)
19) Krim (20ml)
20) Lada hitam
21) Buah naga - dijadikan jus (1 biji)
22) Bendi (4 biji)
23) Ubi kentang (2 biji)
24) Terung panjang (1 biji)
25) Gula
26) Garam
27) Daun kari
Cara membuat A (kuah kari)
Tumis bawang kecil, bawang besar, bawang putih, dan halia.
Masukkan halba campur, cili giling, dan daun kari.
Masukkan serbuk kari ikan dan tumis hingga sebati.
Tambah sedikit air.
Masukkan jus buah naga dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
Masukkan terung, ubi kentang, dan bendi.
Masukkan garam dan krim secukup rasa.
Cara membuat B (udang galah)
Buang kulit udang galah dan gaulkan bersama serbuk cili, garam, dan gula.
Masukkan udang ke dalam tepung jagung yang diadun bersama telur.
Goreng udang dan ketepikan.
Cara membuat C (satay ikan)
Campur isi ikan kerapu dengan cili merah, cili hijau, bawang merah, dan bawang besar.
Gaul bersama serbuk jintan putih.
Letak isi ikan pada batang serai dan masukkan dalam kuah kari.