Untuk epal goreng
1) Epal hijau (dibuang tenagh dan dihiris) (2 biji)
2) campuran kesari Baba's (1 sudu besar)
3) tepung gandum (150gm)
4) susu Uht (1/2liter)
5) telur (1 biji)
6) serbuk roti (30gm)
7) gula kastor (50gm)
8) serbuk kulit kayu manis (1 sudu kecil)
9) gula ising ( secukup rasa)
10) minyak (untuk menggoreng) ( 2 sudu besar)
Untuk hiasan
1) Anggur (100gm)
2) kiwi (1 biji)
3) strawberi (4 biji)
4) daun pudina (2 tangkai)
untuk epal goreng
1. Gaulkan tepung bersama telur, gula kastor dan serbuk kesari Baba's
2. Perlahan-lahan masukkan susu dan kemudian serbuk roti
3. Panaskan minyak dan kemudian celup hirisan epal ke dalam adunan dan goreng sehingga masak.
4. Akhir sekali angkat dan taburkan dengan campuran serbuk kulit kayu manis dan gula aising
5. Hidangkan bersama buah-buahan sampingan