1) Jejari ketam (200gm)
2) Isi ikan ( 100gm)
3) Isi udang ( 100gm)
4) Ubi kentang(goreng dan lenyek) ( 4biji)
5) telur ( 2 biji)
6) daun sup (10gm)
7) bawang goreng (10gm)
8) tepung campuran uppuma ( 2 sudu besar)
9) garam (secukup rasa)
10) minyak masak (untuk menggoreng)
Untuk sos pedas manis
1) sos cili thai (3 sudu besar)
2) bawang putih ( 1 sudu kecil)
3) bawang besar ( 2 sudu kecil)
4) sos tomato ( 1 sudu kecil)
5) serai (dititik) ( 1 batang)
6) daun ketumbar ( 1 sudu kecil)
untuk hiasan
1) daun pasli
Untuk bergedil makanan laut
1. Cincang jejari ketam, ikan, udang dan gaul sebati
2. Campurkan ubi kentang. daun sup, bawang goreng, uppuma dan garam
3. Bentukkan bulat
4. Celupkan ke dalam telur dan goreng dengan sedikit minyak
Untuk sos pedas manis
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan serai dan biarkan seketika
3. Masukkan sos cili thai dan sos tomato serta daun ketumbar. Hidangkan bersama bergedil