1) Bawang (dihiris) (140gm)
2) Halia (dihiris) (30gm)
3) Ubi kentang (direbus) (3biji)
4) daun ketumbar (45gm)
5) cili hijau (dihiris) (2 biji )
6) telur (1 biji)
7) campuran serbuk Uppuma Baba's (1 sudu)
8) ayam kisar (350gm )
9) garam (secukup rasa)
10) serbuk roti (40gm)
11) Bahan untuk chutney Pudina
12) daun pudina (200gm)
13) bawang kecil (3biji)
14) jus lemon (1/2 biji)
15) halia (20gm)
16) bawang putih (15gm)
17) mangga muda (1biji)
18) minyak jagung (50ml)
19) yogurt ( 280ml)
20) garam (secukup rasa)
1. Lenyekkan kentang yang telah direbus dan campurkan bawang, halia, daun ketumbar, cili hijau, telur, campuran serbuk uppuma Baba's, serbuk kunyit Baba's, ayam kisar, garam dan serbuk roti. Gaulkan hingga sebati.
2. Adunan yang sebati tadi dibentuk seperti roda dan sedia untuk digoreng.
Cara membuat chutney
1. Kisarkan daun pudina, bawang kecil, jus lemon, halia, bawang putih dan mangga muda sehingga halus, kemudian campurkan yogurt, minyak dan secubit garam secukup rasa.