Cara membuat A (isi ketam)
Campur semua bahan A.
Masukkan tepung maruku sedikit demi sedikit utk keraskan adunan.
Tambah serbuk lada dan garam, kemudian ketepikan.
Cara membuat B (ikan)
Ikan merah diperap dengan halia, kicap cair, dan minyak bawang putih.
Letakkan isi ketam di atas kepingan ikan, dan gulung.
Kemaskan gulungan dengan lidi.
Lebihan isi ketam dibentukkan empat segi.
Letakkan gulungan ikan dan isi ketam yang dibentuk empat segi di atas dulang pembakar.
Tabor daun kari di atasnya dan kukus selama 6-8 minit.
Cara membuat C (kari pajeri)
Tumis semua bahan dikisar bersama kulit kayu manis, cengkih, dan bunga lawang.
Masukkan pes serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan santan, kerisik, dan buah nenas.
Kacau sebati dan masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
Cara membuat D (rava thosai)
Gaul campuran Rava Thosai dengan air.
Tuang di atas kuali dan ratakan.
Setelah masak, balut lebihan isi ketam tadi.
Cara menghidang
Isi ketam yang dibalut dengan Rava Thosai diletakkan di atas pinggan.
Letak gulungan ikan di atasnya.
Tuang kari pajeri di sekeliling.