1) Kuah Sambal Tumis Alif (1 paket)
2) Udang sederhana (350g)
3) Bawang besar - potong bulat (100g)
4) Air (500ml)
5) Garam
Tuang Kuah Sambal Tumis Alif ke dalam periuk.
Didihkan selama 1-2 minit.
Masukkan udang. Gaul sebati dan biarkan mendidih.
Tambah air dan kacau sebati.
Masukkan bawang besar dan sedikit garam. Masak dengan api sederhana hingga udang masak.
Hidang Sambal Tumis Udang bersama nasi lemak atau mee goreng.