1) Kuah Laksa Kari Semenanjung Alif (1 kotak)
2) Mee kuning (300g)
3) Daging ayam (200g)
4) Udang (150g)
5) Tofu (4 ketul)
6) Telur rebus (1 biji)
7) Limau nipis (1 biji)
8) Air (500ml)
9) Garam / serbuk perasa
10) Sawi jepun (jika suka)
Curahkan kuah Laksa Kari Semenanjung Alif ke dalam periuk.
Kacau dan renehkan seketika hingga naik bau.
Masukkan potongan ayam. Masak hingga air dari ayam keluar.
Curah 250ml air. Didihkan lebih kurang 2 minit.
Setelah kuah mendidih, masukkan udang segar, garam dan tofu.
Kacau dan biar mendidih 3 minit lagi hingga semua bahan sebati bersama kuah.
Curah kuah Laksa Kari Semenangjung Alif pada mee kuning dan tambahkan limau nipis, telur dan sayur sawi jepun jika suka.