1) Kuah Laksa Johor Alif (1 kotak)
2) Spaghetti - direbus masak (300g)
3) Air (300ml)
4) Udang - kupas kulit (200g)
5) Bawang besar - hiris halus (100g)
6) Taugeh (100g)
7) Timun - racik halus (100g)
8) Cili merah - hiris halus (1 batang)
9) Daun kesum - racik halus (1 tangkai)
10) Sambal belacan (sedikit)
11) Limau kasturi (1 biji)
12) Garam
Curahkan Kuah Laksa Johor Alif ke dalam periuk.
Tambah 300ml air dan didihkan selama 2 minit.
Masukkan udang.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Masak lebih kurang 3 minit hingga udang dan kuah sebati.
Hidang Kuah Laksa Johor Alif bersama spaghetti, hirisan timun, hirisan cili merah, taugeh, daun kesum, hirisan bawang besar, sedikit sambal belacan, limau kasturi dan daun pudina jika suka.