1) Kuah Kari Thai Alif (1 paket)
2) Ayam (500g)
3) Air (200ml)
4) Daun limau purut (3 helai)
5) Garam
6) Serai (jika mahu)
7) Cili padi (jika mahu)
8) Cili hijau (jika mahu)
9) Tomato (jika mahu)
Curahkan satu pek Kuah Kari Thai Alif ke dalam periuk.
Biar 1-2 minit hingga kuah mendidih.
Masukkan ayam. Gaul dan biar seketika hingga air dari ayam keluar.
Kemudian, curah 200ml air.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tamba helaian daun limau purut bagi menaikkan aroma.
Biar hingga ayam empuk sebati dan kuahnya harum.
Kari Thai Ayam ini sudah siap untuk dinikmati jika mahukan resepi yang ringkas.
Namun, boleh juga tambah bahan-bahan seperti serai, cili, tomato jika suka.
Hidang dengan nasi panas.