1) kuah kari nyonya alif (1 paket )
2) ayam dipotong ketul (500g )
3) air (200ml)
4) terung dibelah panjang (2 biji )
5) kentang, kupas, dipotong kiub dan direbus terlebih dahulu ( 2 biji )
6) garam/ serbuk perasa
1. Koyak paket dan tuangkan kari nyonya Alif ke dalam periuk masakan. Didihkan selama 1-2minit
2. Masukkan ketulan daging ayam, gaul dan didihkan
3. Tambahkan air, gaul sebati dan didihkan
4. Masukkan kentang dan terung. Taburkan secubit garam atau serbuk perasa
5. Reneh sehingga kuah pekat dan ayam menjadi empuk. Enak dihideang bersama nasi atau roti