1. Sediakan jus daun pandan terlebih dahulu dengan mengisar daun pandan dan air (jangan terlalu banyak, nanti jus terlalu cair). Tapis jus daun pandan.
2. Sukatan tepung pulut, ikut citarasa dan masukkan sedikit demi sedikit jus daun pandan.
3. Agak doh sudah bersatu dan tidak terlalu lembik, Ambil sedikit doh tersebut, bulatkan kecil-kecil dan masukkan gula melaka didalam doh kecil tersebut. (Gula melaka haruslah dipotong kecil terlebih dahulu supaya cepat cair ketika masak.
4. Didih air didalam periuk terlebih dahulu, selepas air sudah mendidih masukkan buah melaka satu - satu.
5. Jika buah melaka sudah naik dipermukaan air, bermaksud buah melaka sudah masak!
6. Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut. Hidangkan untuk seisi keluarga~